My Delicious Choc sedia menerima tempahan pelbagai jenis coklat yang terdiri dari pelbagai bentuk, corak dan warna.Amat sesuai dijadikan hantaran pertunangan, perkahwinan, majlis harijadi,hadiah dan lain-lain.
sebarang Maklumat lanjut sila berhubung terus ditalian 019-5793907 atau di alamat email : ctzack_1762@yahoo.com

Sabtu, 31 Mac 2012

Sabtu, 11 Jun 2011

Lagi Gubahan Coklat

Kali nie gubahan daripada My Delicious Choc khas untuk hantaran perkahwinan adik ipar saya..pilihan mengikut warna tema iaitu warna ungu..saya gabungkan dengan warna putih agar nampak kontranye..item yang digabungkan dalam satu gubahan yang terdiri daripada 10 batang bunga coklat dan set love box choc dengan 3 biji coklat love di dalamnya..serta sebatang lolichok love shape untuk tagging...
saya tambah 2 teddy untuk nampakkan gubahan lebih menarik dan comel...
ni lah hasilnye...



Jumaat, 10 Jun 2011

Oderan daripada Pn. Dija

Assalammualaikum semua pembaca blog saya..sekian lama menyepikan diri dari berblog nie.. agak sibuk dengan tugas harian sejak kebelakangan ini...sampai tiada masa nak jenguk blog yang dah agak usang nie..

kali ni saya muncul semula untuk mengupdate hasil kerja yang telah dilaksanakan oleh My Delicious Choc..walau pun tak banyak tapi alhamdulillah sebab semakin mendapat sambutan..

Kali ni saya nak letak gambar produk baru yang semakin mendapat perhatian..dan juga menjadi makanan kegemaran saya...Cheese Tart merupakan produk baru yang turut mendapat perhatian kini...baru kejap promosi dah ada yang menempah..

tempahan ni dibuat minggu lepas atas permintaan Pn. Dija dan pada masa yang sama turut ditempah oleh Cik Fiza..tq keduanya sebab sudi menempah cheese tart saya..

so inilah hasilnye..kepada yang berminat boleh hubungi saya untuk tempahan...

Sabtu, 28 Mei 2011

Oderan daripada Khairul Fazreena (Meera)

Dalam minggu nie jugak aku diberi kepercayaan untuk menyediakan satu gubahan bunga coklat..My Delicious Choc memang terkenal dengan gubahan bunga coklat nie.kalau xgubah pun mesti ada yang beli bunga coklat untuk gubahan hantaran mereka..memang cantik kalau bunga coklat digubah untuk hantara..buat sirih junjung ke kan...hrmmm..cantik sangat...

kali nie Meera mintak saya buatkan hantaran bunga coklat...
dalam raga yang bertangkai..dia kata xperlu letak bunga lain..maybe dia dah ada design bunga yang sama untuk hantaran dia..so saya xletak lah...pilihan warna tema merah dan putih memang cukup cantik..

jadi ni lah hasilnya...saya pun suka...semalam tuan empunya pun menjerit kecil.."cantiknye.." hehe..saya pun blushing ler...wat ever tq alot adik Meera yer...
buat Meera dan A'a..Selamat Bertunang...





Repeat Order - Pn. Raja Shalawati MPM

Kalau ari tu Pn. Raja Shalawati order untuk kanak-kanak Rebina ( kawan anak-anaknye) tapi kali ni oderan khas untuk adik iparnya yang akan berkahwin pada 28hb Mei 2011..tq akak sebab memilih My Delicious Choc untuk buat hantaran coklat nie yer...
kepada Zeffery dan Fatin..Selamat Pengantin Baru yer..




Oderan Pn. Norhayati Nayan MPM

Makkkk..dah lame rasanye tak update blog aku yang cute miut nih...rindunye...apakan daya tangan hanya dua...bizi yang amat bulan nie..dengan tempahan...juga dengan kerja-kerja di opis..maklumlah 2 kerja dalam 1 masa... kene la dibahagikan sama rata...
xmo celoteh panjang jom tengok apa dah jadi...ni oderan daripada Pn. Norhayati binti Nayan, Ketua Jabatan Penilaian, Majlis Perbandaran Manjung untuk anak saudaranye yang bertunang pada minggu lepas kalau tak silap 21hb Mei 2011 yang lalu...tq kak yati yer...




kepada anak saudara kak yati selamat bertunang buat Fizi dan Ain..

Selasa, 3 Mei 2011

Oderan daripada Myra

Masih lagi dengan oderan yang agak laris..
konsep yang sama..
kali ni oderan dari Myra khas buat yang tersayang...
ape-ape pun tq Myra...

pilihan warna garang merah..